Sunday, December 5, 2010

zaman kanak-kanakku~

terasa pantas masa berlalu, aku dahulunya seorang kanak-kanak yang pendiam, tak ramai kawan sebab yang seusia denganku ketika itu ramai lelaki, yang perempuan sume duduk jauh2, tetapi kini aku  telah dewasa.. "bisa jadi bini takpun mak orang sudah" haha..."belum lagi sebenarnya, banyak lagi kekurangan dan cacat celanya.. ya.. memang benar tiada yang sempurna didunia ini.. tapi kita harus ingat akhirat jua yang kekal abadi"

sejak dua menjak ni aku asyik tersenyum sendirian bila terkenang zaman muda-muda dulu.. ada kawan bertanya "nape tetiba teringat zaman kanak-kanak pulak nih? nak jadik budak kecik balik ke?" haha.. aku cuma bisa tergelak kecil mendengarkannya.. sebenarnya, semasa menemankan kawan pergi window shopping pagi tadi.. aku terpana dan terpegun melihat rekaan fesyen terkini... sambil menelek-nelek baju-baju yang ada... tetiba teringat kat ibu yang jauh dimata dan dirindui...

"Ya Allah, berilah aku kekuatan, terasa dekat sekali".. hehe.. sebenarnya aku baru sahaja selesai menempuh minggu exam sebab tulah sedikit homesick.. berbalik kepada cerita tadi.. sambil mengamati baju tu dari satu part sampailah ke hujung hampir tak sedar meninggalkan kawan sejauh itu.... cukup segar di ingatan, hobi aku ketika kecil.. seawal usia 6 tahun aku suka menjahit, membuat lakaran baju mengikut pemikiran aku ketika itu.. mungkin bagi orang dewasa ia tidak memberi makna apa-apa.. bajuku yang mana2 koyak aku jahit sendiri.. aku ingin menjadi pereka fesyen.. haha.. angan-angan mat jenin je tuh..

besalah, budak2.. bila cikgu tanya "Kamu nak jadi apa bila besar nanti?"  hari ni dijawabnya "saya nak jadi doktor" cuba tanya sekali lagi minggu depan.. pasti jawapannya sedikit berbeda... macam2 jawapan akan terkeluar.. 

keinginan aku menjadi fashion designer ketika itu sangat tinggi.. sampai ke tahap bila mengenakan pakaian aku suka "posing ala-ala supermodel gitu" didepan cermin walaupun yang dipakai hanya baju kurung.. p/s ibu kata kami adik beradik yang perempuan la kan dulu masa kecik2 suka sangat pakai baju kurung.. "yek'? cam tak caya je kan" sehinggakan masa tu bila kawan datang rumah, dia boleh ketawa melihat telatahku "perasan cantik katanya"..

aku belajar menjahit sikit2 yang senang2 jelah daripada ibu.. sebenarnya ibu juga kagum melihat hasil jahitan ku.. hehe (bangga diri sekejap) cuma aku tak dapat memahaminya ketika itu... bila masuk sek. menengah aku amik ERT plak.. huhu.. 

aku pernah ponteng sekolah semata-mata baju tak sempat bergosok sebab satu kampung blackout tetiba je..  aish.. nangis2 tak nak sekolah.. masa sekolah rendah dulu kena bangun awal sebab nak kena naik bas, hari gelap lagi dah keluar rumah.. seronok masa tuh.. bila orang tanya nape tak datang semalam, aku jawab tak sihat..masa tu pikir tipu sunat sje, takpe.. macam tu rupanya aku berfikir dulu-dulu.. ingat kawan2 jangan biasakan diri menipu.. haa.. 

tapi bila semakin dewasa, keinginan itu semakin pudar.. maybe sebab pembentukan pemikiran sudah berubah.. aku jadi jelek melihat fesyen yang entah apa2,.. langsung tak menepati ciri-ciri syar'ie.. bagiku pakaian adalah lambang harga diri seseorang.. fikir-fikirkanlah ye..

oklah.. kita sambung lain kali ye.. 



 

15 Nasihat Luqman kepada anaknya

Bismillahirahmanirrahim....
Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam kedalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA. ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH. Orang-orang yang sentiasa bersedia untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan daripada ALLAH. Orang yang sedar dan insaf setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.


Taqwa kepada Allah:


"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar. Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalan mu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan sesiapa yang mentaati Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar"
Surah Al-Ahzab 33: 70-71

Bersambung seterusnya...insya'ALLAH sekiranya berkesempatan..