Thursday, October 28, 2010

~ adakah aku orangnya? ~

hari ini sungguh mendebarkan.. besi karat akan memulakan langkahnya pulang ke pangkuan keluarganya.. hope lepas ni besi karat ni bersinar la sikit berseri-seri banyak,, :) :)

ya Allah, berkatilah dan permudahkanlah perjalanan ku..

sayu hati ini bila memikirkan keadaan sahabatku.. Alhamdulillah, semoga apa yang terjadi menjadi iktibar buat diri ni~

pagi2 ni, aku tertarik dengan petikan ni.. sebenarnya petikan ini hadiah dari seorang sahabat yang lain.. terima kasih yang tak terhingga..





Sahabat yg baik

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana
pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama, 

pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua,

pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga,

pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya

Keempat,

pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, 

sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia...


aku belum mampu menjdi sahabat sepertinya.... teruskan berusaha untuk berbuat kebaikan... :)



Monday, October 25, 2010

~ Bila aku melihat kamu~

bila masa-masa senggang, terutama sekali duduk bersendirian di khlayak ramai.. aku suka memerhati gelagat manusia yang lalu-lalang di hadapanku.. macam-macam andaian dan prasangka yang lahir dalam benakku..

ishh.. susah nak kata la.. kalau fikir yang baik-baik tu alhamdulillah.. kadang-kadang yang tak baik pun terkeluar juga... 


Kejadian ni baru sahaja berlaku semalam, sewaktu aku menanti seorang sahabat menangkap gambar  passport.. aku tertarik melihat seorang makcik yang cantik, kemas dan lengkap berpakaian dengan handbag yang up to date.. sambil menyentuh cermin dan menunjuk-nunjuk tiap barangan yang ada dalam ruang display tu.. mulut makcik tersebut terkumat-kamit menyebutkan bilangan dan harga barangan tersebut beribu-ribu nilainya... nak buat kenduri kahwin agaknya.. kataku dalam hati.


selepas 5minit berlalu, aku menjadi hairan kerana pekerja di kaunter tersebut tak melayan langsung kerenah pelanggannya malah mengomel tidak puas hati.. hampir terlepas mulutku menegur tingkah pekerja tersebut.. bila kuamati semula makcik tadi,.. Ya Allah.. terkejut aku.. makcik tersebut sebenarnya nyanyuk.. 


tiba-tiba aku tertanya-tanya dimanakah anak-anak makcik ini..? peristiwa ini cukup memberi peringatan kepadaku agar menghargai dan berbakti kepada ibu dan ayah selagi mereka ada serta mendoakan mereka nanti..


suatu hari sedang menyelak-nyelak bahan bacaan, aku terjumpa sesuatu yang boleh di manfaatkan :


Nasihat Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani mengenai tips untuk bersangka baik sesama insan. 


1. jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinlah bahawa dia lebih baik darimu
ucapkanlah dalam hatimu:
"Mungkin kedudukannya disisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku"

2.  jika bertemu anak kecil,
 ucapkanlah dalam hatimu:
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepada Allah. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku" 

3. jika bertemu orang tua
ucapkanlah dalam hatimu:
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama daripadaku, tentu dia lebih baik daripadaku"

4. jika bertemu dengan seorang yang berilmu
ucapkanlah dalam hatimu:
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan ku perolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak aku ketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia jauh lebih baik daripadaku"

5. jika bertemu dengan seorang yang bodoh
ucapkanlah dalam hatimu:
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh/tidak tahu sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. dia tentu lebih baik daripadaku"

6. jika bertemu dengan orang kafir
ucapkanlah dalam hatimu:
"aku tidak tahu bagaimana keadaanya kelak, mungkin diakhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin jadi diakhir usia diriku kufur dan berbuat buruk" 

semoga ia dapat menjadi teladan~

Saturday, October 23, 2010

~Kenangan Terindah~

Rindukah aku pada dirinya??

Terlalu banyak kenangan.. di mana sahaja terasa ada bersama..

Dedicated to you my dearest friend!!!

Mendua - Hampir Ke Situ (xingat sgt lirik dia.. huhu)

aku saja bukan mudah
untuk mengejar mimpi indah
pernah suatu ketika dulu ku punya harapan besar
kini aku tak pasti
dapatkah aku miliki

sudah jauh kita tempuh
kekalkanlah impian lalu
mungkin ada hikmah yang akan menunggu di penghujung jalan
biar nanti kecewa 
setidak-tidaknya cuba

jika halangan menduga perjalanan kita
janganlah kau putus asa
kerana ku ada di sisi setia menemani
andai semangatmu gugur
genggamlah tanganku kita hampir ke situ

adakala ku terasa ketabahan x setegar
tetapi apakan dayanya berhenti separuh jalan
percayalah padaku
aku yakin kita mampu

jika halangan menduga perjalanan kita
janganlah kau putus asa
kerana ku ada di sisi setia menemani
andai semangatmu gugur
genggamlah tanganku kita hampir ke situ

biar orang kata tak punya harapan
bukan mereka tempuhi 
kau ada aku
dan aku punya kamu
apa jua akhirnya 
tetap bersama

jika halangan menduga perjalanan kita
janganlah kau putus asa
kerana ku ada di sisi setia menemani
andai semangatmu gugur
genggamlah tanganku kita hampir ke situ

Kita hampir ke situ~

walaupun aku selalu tiada seperti awak used to be.. but doa dan semangat buat awak sentiasa mengiringi..

Semoga kita dipertemukan kembali...


File:3D Full Spectrum Unity Holding Hands Concept.jpg
sambutlah huluran tanganku sahabat~  

~ Doa ~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. 

" sesungguhnya kami terjaga di pagi hari dengan (kesedaran bahawa) Kerajaan (bumi dan segala isinya) ini seluruhnya adalah milik Allah. Dan segala puji bagi Allah, tiada sekutu baginya tiada Tuhan selain Dia dan kepadaNya, kami akan dibangkitkan"

"Kami terjaga di pagi hari dalam fitrah Islam dan kalimah ikhlas dan dalam agama nabi kami, Muhammad SAW dan dalam millat (ajaran) bapa kami Ibrahim yang hanif (lurus) sedang dia bukan seorang yang musyrik"

 "Ya Allah, aku terjaga olehMu dalam nikmat afiat (keselamatan dari mara bencana) dan terjaganya rahsia-rahsia (dosa-dosa)ku, maka sempurnakan nikmatMu, afiatMu dan penjagaanMu itu atasku, di duinia dan akhirat"

 "Ya Allah, nikmat apa yang aku peroleh dan diperoleh seseorang di antara makhlukMu adalah dariMu, yang Esa dan tidak bersekutu, maka bagimu segala puji dan syukur"

"Hai Tuhan, bagiMu segala puji seagung kemuliaan wajahMu dan kebesaran kekuasaanMu"

"Aku telah rela dengan Allah sebagai Tuhanku dan dengan Islam sebagai agamaKu dan dengan Muhammad sebagai Nabi dan rasulku"  

 "Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya, sebanyak bilangan ciptaanNya dan keredhaanNya dan seberat timbangan 'ArasyNya dan sebanyak dakwat (yang terpakai untuk menuliskan) kalimatNya"

"Dengan nama Allah, yang dengan namanya akan terhalanglah, segala sesuatu dibumi dan dilangit, untuk menimpakan bencana dan ia Maha Mendengar dan Mengetahui" 

"Ya Allah, kami berlindung kepada Engkau dari menyekutukan Engkau dengan sesuatu yang kami ketahui dan kami memohon ampun dari (menyekutukanMu) dengan sesuatu yang tidak kami ketahui" 

"aku berlindung pada kalimat Allah yang sempurna dan kejahatan apa-apa yang  diciptakan." 

 "ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah dan aku berlindung padaMu dari sikap pengecut dan bakhil dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang"

"ya Allah, sihatkanlah badanku, Ya Allah sihatkanlah pendengaranku, Ya Allah sihatkanlah penglihatanku"

"Aku memohon ampun kepada Allah yang tidak ada Tuhan selain Dia, yang hidup dan selalu jaga; dan aku bertaubat kepadaMu"

"Maha suci engkau, Ya Allah dan segala puji bagiMu; aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, aku mohon ampun dan bertaubat padaMu"

"Ya Allah restui dan berkatkanlah junjungan kami Muhammad sebagai hamba, nabi dan RasulMu yang ummi. Berkatkan keluarga dan sahabat baginda. Sejahterakanlah baginda selama-lamanya. Kami pohonkan sebanyak bilangan apa sahaja yang diketahui oleh Allah atau sebanyak perkara yang ditulis oleh Qalamnya dan sebanyak yang dirangkum oleh kitabNya"

"Terimalah dan relakanlah orang-orang terutama kami Sayyidina Abu Bakar, Omar, Othman, Ali dan para sahabat baginda semuanya, para tabi'in dan orang-orang yang mengikut jejak langkah mereka sampai hari pembalasan. Maha Suci Tuhan (Mu) yang memiliki kebesaran dan kemuliaan dari segala sifat tercela yang mereka cuba sifatkan kepadaNya. Salam sejahtera untuk para rasul utusan. WalHamdulillahi Rabbil'Alamin " 
 
 
 
 

Borrow Their Eyes n Heart~

Precious quote for today;

" if there is a great secret of success in life, it lies in the ability to put yourself in other person's place and to see things from his point of view, as well as your own.."

~ Henry Ford~


jika itulah antara ukuran kejayaan seseorang, maksudnya aku harus berusaha lagi~

Not too bad.. go go girl!!


Friday, October 22, 2010

Menyapa Alam Maya

Kali pertama memikirkan aku harus mengalihkan tumpuan... mencapahkan mindaku yang semakin berkarat.. semoga ada keberhasilannya nanti. Masih mencari sesuatu....insya'ALLAH.

~ Salam Pengenalan Dunia Baru ~
 
Semoga tidak lari daripada tujuan sebenar penghasilan madah2 disini~