Monday, October 25, 2010

~ Bila aku melihat kamu~

bila masa-masa senggang, terutama sekali duduk bersendirian di khlayak ramai.. aku suka memerhati gelagat manusia yang lalu-lalang di hadapanku.. macam-macam andaian dan prasangka yang lahir dalam benakku..

ishh.. susah nak kata la.. kalau fikir yang baik-baik tu alhamdulillah.. kadang-kadang yang tak baik pun terkeluar juga... 


Kejadian ni baru sahaja berlaku semalam, sewaktu aku menanti seorang sahabat menangkap gambar  passport.. aku tertarik melihat seorang makcik yang cantik, kemas dan lengkap berpakaian dengan handbag yang up to date.. sambil menyentuh cermin dan menunjuk-nunjuk tiap barangan yang ada dalam ruang display tu.. mulut makcik tersebut terkumat-kamit menyebutkan bilangan dan harga barangan tersebut beribu-ribu nilainya... nak buat kenduri kahwin agaknya.. kataku dalam hati.


selepas 5minit berlalu, aku menjadi hairan kerana pekerja di kaunter tersebut tak melayan langsung kerenah pelanggannya malah mengomel tidak puas hati.. hampir terlepas mulutku menegur tingkah pekerja tersebut.. bila kuamati semula makcik tadi,.. Ya Allah.. terkejut aku.. makcik tersebut sebenarnya nyanyuk.. 


tiba-tiba aku tertanya-tanya dimanakah anak-anak makcik ini..? peristiwa ini cukup memberi peringatan kepadaku agar menghargai dan berbakti kepada ibu dan ayah selagi mereka ada serta mendoakan mereka nanti..


suatu hari sedang menyelak-nyelak bahan bacaan, aku terjumpa sesuatu yang boleh di manfaatkan :


Nasihat Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani mengenai tips untuk bersangka baik sesama insan. 


1. jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinlah bahawa dia lebih baik darimu
ucapkanlah dalam hatimu:
"Mungkin kedudukannya disisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku"

2.  jika bertemu anak kecil,
 ucapkanlah dalam hatimu:
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepada Allah. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku" 

3. jika bertemu orang tua
ucapkanlah dalam hatimu:
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama daripadaku, tentu dia lebih baik daripadaku"

4. jika bertemu dengan seorang yang berilmu
ucapkanlah dalam hatimu:
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan ku perolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak aku ketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia jauh lebih baik daripadaku"

5. jika bertemu dengan seorang yang bodoh
ucapkanlah dalam hatimu:
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh/tidak tahu sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. dia tentu lebih baik daripadaku"

6. jika bertemu dengan orang kafir
ucapkanlah dalam hatimu:
"aku tidak tahu bagaimana keadaanya kelak, mungkin diakhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin jadi diakhir usia diriku kufur dan berbuat buruk" 

semoga ia dapat menjadi teladan~

No comments:

Post a Comment