Sedikit perkongsian buat kita semua, terutamanya diri sendiri yang sentiasa leka dan alpa. Semoga ia memberi manfaat kepada semua. Dipetik daripada KATA-KATA HIKMAH (Arifin Ilham) dan rujukan Tafsir AlQur'an.
Hidup yang sebentar cuma ini akan bahagia apabila kita FAHAM:
1. TUJUAN hidup - hanya mencari REDHA ALLAH
"Padahal mereka hanya diperintahkan menyembah ALLAH, dengan ikhlas mentaatinya semata2 kerana agama, dan juga agar melaksanakan solat dan menunaikan zakat dan demikian itulah agama yang lurus (benar)" (QS98:5)
2. PERANAN hidup - sebagai KHALIFAH
"Dan ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat "Aku hendak menjadikan khalifah dibumi," mereka berkata" apakah engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah disana sedangkan kami bertasbih memuji dan menyucikan namamu?" Dia berfirman, "Sungguh aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (QS2:30)
3. TUGAS hidup - MENGABDI kepada ALLAH
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaku." (QS51:56)
4. PEDOMAN hidup - AL-QUR'AN
"Kitab Al-Qur'an ini tidak ada keraguan padanya: petunjuk bagi mereka yang bertakwa" (QS2:2)
5. TELADAN hidup - NABI MUHAMMAD SAW
"Sungguh telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu yaitu orang yang mengharapkan rahmat ALLAH dan kedatangan hari kiamat dan banyak meningati ALLAH" (QS33:21)
6. SAHABAT hidup - ORANG2 BERIMAN
"Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu yang berselisih dan bertakwalah kepada ALLAH agar kamu mendapat rahmat" (QS49:10)
7. ALAT hidup - HARTA, PANGKAT & SEMUA POTENSI
"Dan carilah pahala negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan ALLAH kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bagianmu didunia dan berbuat baiklah sebagaimana ALLAH telah berbuat baik kepadamu dan janganlah kamu berbuat kerosakan dibumi, sungguh ALLAH tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan" (QS28:77)
8. MUSUH hidup - SYAITAN
"Bukankah aku telah memerintahkan kepadamu wahai anak cucu Adam agar kamu tidak menyembah syaitan? Sungguh syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu" (QS36:60)
Semoga kita semua dapat memahami 8 perkara diatas untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian serta beroleh kebahagiaan.