oleh sebab aku masih bergelar pelajar tahun akhir jadi misi aku adalah untuk menyiapkan projek tahun akhir dengan jayanya sambil meningkatkan keputusan peperiksaan yang pasang surut ni..
bercakap pasal projek tahun akhir ni banyak cabaran yang mendatang. emosi harus sentiasa di kawal kalau tidak alamatnya asyik stress shj. fikiran harus sentiasa positif dan optimis. apa yang penting harus sentiasa berani melangkah dan mencuba berulang kali sehingga berjaya..
3 minggu yang pertama aku panggil try and error expensive weeks. kenapa? sebab acapkali sampel aku tak jadi dan terpaksa berulang alik dengan teksi kerana kampus aku berterabur. Berusaha mencari penyelesaian dan peluang yang ada kerana hanya 3 hari dalam seminggu dapat berkunjung ke makmal. semangat lagi masa ni.. Alhamdulillah selepas segalanya, berjaya juga menghasilkan cecair yang berwarna kuning itu..fuhh!!!
sekali lagi dugaan mendatang... akan bersambung nanti..
sekali lagi dugaan mendatang... akan bersambung nanti..
No comments:
Post a Comment