Sunday, May 8, 2011

~akan ku rindui saat itu~

Diri ini,

seumpama radio lama,
hanya kedengaran suaranya apabila frekuensinya dilaraskan,
maka berbunyilah irama,
sedih, gembira, rancak, mendatar teralun.

Namun,
 
diri ini tetap tidak berbunyi,
bukan sembarangan orang boleh melaraskan frekuensinya,
berdiam diri lebih diminati,
kerna bimbang tercalar perasaannya
dengan irama lantunan frekuensi,
yang berbeza sumbernya.

Dia,

mungkin hampir berjaya melaraskan frekuensiku,
dengan hanya satu perkataannya,
bisa membuatkan hatiku menangis dalam sendu,
bisa membuatkan hatiku melonjak riang gembira,
bisa mencalar perasaanku,
bisa mengubatinya kembali dengan tawa,
dirinya memberi inspirasi dalam hidupku,

dia,

terlalu bernilai untuk disisihkan,
kerna bisa melembutkan kekerasan hati ini,
bisa mengingatkan hati kepadaNya dengan aman,
namun kini,
kami terpisah dengan perbezaan geografi

aku mula merindui saat2 bersama dia..
dialah..
sahabatku..
Ya Allah, kau permudahkanlah kehidupannya sekeluarga..
tetapkanlah hati2 kami di jalanMu..

Tuesday, May 3, 2011

~Nantikan Kepulangan Kak Ngah~ (^_^)v

alhamdulillah.. setelah sekian lama aku berada di tempat orang, walaupun tidaklah sejauh seperti rakan-rakan lain sampai ke Australia, Kanada, Korea dan tak kurang di bumi Anbiya' tapi rinduku semakin menebal.. Perlis dan Sabah tak adalah jauh manapun.. tapi hampir setengah tahun tidak pulang...... hati ini terlalu rindu menatap wajah2 orang2 tersayang...

naem yang selalu tanya "kakngah, mana ni?""bila kakngah nak balik?""naem nak coklat!!""nanti kakngah belikan belon ye..." .. ha naem kakngah dah nak balik ni..

insya'ALLAH jika tiada aral 21hb Mei.. dari Alor Star dan di jangka tiba pukul 8.10pm.

Jawablah Sendiri

Mari kita sama2 muhasabah diri kita,.... puisi ini dipetik daripada Majalah Solusi Isu #31 hasil tulisan Ummu Hannan..

Jawablah Sendiri

Mengapa apabila diminta mengajak kebaikan
kita malu dan segan?
Takut dikata macam bagus?
Tetapi apabila diasak dengan keburukan
kita menambah tanpa dipinta
Supaya nampak sangat setia kawan.

Kenapa ketika diseru kepada kebaikan
Cepat-cepat kita terfikir ini betul atau tidak?
Tetapi waktu kita disogok dengan keburukan
Tanpa berfikir kita menyahut

Adakah apabila kita di ajak ke tempat yang baik
Banyak sungguh urusan kita yang belum selesai?
Namun apabila diajak ke tempat buruk
Cepat-cepat urusan lain di tangguhkan

Adakah juga satu ketika kita ditimpa ujian
Cepat-cepat kita melatah?
Tapi apabila kita memperoleh kurnia
Lambat sekali kita mengucap Syukur

Begitulah soalan mudah untuk dijawab
Tidak perlu dijawab di atas kertas
Tidak perlu diumumkan kepada khalayak
Cukup sekadar
Jawablah sendiri

semoga kita sama2 dapat manfaatnya...

Friday, April 1, 2011

~Nasihat Luqman Kepada Anaknya~

Salam Mahabbah!!

bersambung...

"Hai anakku, seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal2 yang tidak benar. Ketahuilah memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti"


"Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amt berat, tetapi lebih berat lagi daripada semua itu, bilamana engkau mempunyai tetangga yang jahat"


akan bersambung lagi.....

Tuesday, March 29, 2011

~# Mari Berdoa #~

Doa Elak Fitnah Dajjal


Maksudnya:

"Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari siksa kubur, dari siksa neraka jahannam, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah dajjal "

Doa ini boleh diamalkan setiap kali selepas tahiyat akhir sebelum memberi salam.


Friday, March 18, 2011

~:: Happy Birthday!! ::~

Kek daripada kengkawan!! Ceria dan cantik~

SELAMAT HARI LAHIR!!!!

Ucapan terima kasih wat kengkawan sume~ Murni,Syiela, Haz, Asiah, Nad, Hannah, Bal dan Yen...... (^_______^)v sebab sudi celebrate besday saya walaupun lambat sehari,, heheh~ dah tua rupanya..... terima kasih juga kepada Solehatun sebab sudi belanja saya makan........ dan kpd semua kengkawan sahabat2 yg wish dan mendoakan saya!!!!!!! how wonderful this life with you all~  

To my beloved Ayah dan Ibu, serta adik2ku yang comel loteh....terharu rasa bila mendengar naem dan ainul nyanyi lagu "hepi birthday" dgn pelat2 kanak2 yang baru nak mengenal dunia~. terima kasih yang tak terhingga, walaupun kita di pisahkan oleh lautan dan daratan, kalian tetap di hati kakngah!!!!!!! Love all of U so much!! (^_____^)m

Saya doakan kalian semua berjaya dunia akhirat, mendapat rahmat ALLAH SWT.. aminn...

Sunday, March 13, 2011

Ceria!!

Alhamdulillah, selepas 4bulan statik tidak bergerak, kini dirimu bangkit melangkahkan kaki semula. Gembira rasanya dapat melihat dirimu berjalan, ayuh kuatkan semangatmu. Mari kita berlari bersama pula. Sabarkanlah hatimu.

Friday, March 11, 2011

~Misi~

wahh... berpagian bercerita tentang misi. eh bukan misi yang pakai seragam putih kat klinik atau hospital tu tapi target yang hendak dicapai dalam tahun ini. tapi besar sangat rasanya jadi kita kecilkan skop. 

oleh sebab aku masih bergelar pelajar tahun akhir jadi misi aku adalah untuk menyiapkan projek tahun akhir dengan jayanya sambil meningkatkan keputusan peperiksaan yang pasang surut ni.. 

bercakap pasal projek tahun akhir ni banyak cabaran yang mendatang. emosi harus sentiasa di kawal kalau tidak  alamatnya asyik stress shj. fikiran harus sentiasa positif dan optimis. apa yang penting harus sentiasa berani melangkah dan mencuba berulang kali sehingga berjaya..


3 minggu yang pertama aku panggil try and error expensive weeks. kenapa? sebab acapkali sampel aku tak jadi dan terpaksa berulang alik dengan teksi kerana kampus aku berterabur. Berusaha mencari penyelesaian dan peluang yang ada kerana hanya 3 hari dalam seminggu dapat berkunjung ke makmal. semangat lagi masa ni.. Alhamdulillah selepas segalanya, berjaya juga menghasilkan cecair yang berwarna kuning itu..fuhh!!!

sekali lagi dugaan mendatang... akan bersambung nanti..

Hatiku terdetik!!

Di kala petang begini, terasa ingin berbicara soal hati dan perasaan,.. bagaimanakah kesudahan kehidupanku di hari muka.. aku terasa bingung dengan perasaan sendiri..

Doa Untuk Kekasih

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah, seandainya telah engkau catatkan dia milikku, tercipta buatku,.. satukanlah hatinya dengan hatiku. Titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi. Ya Allah, Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi, seiringkanlah kami melayari hidup ini, ke tepian yang sejahtera dan abadi. Maka jodohkanlah kami. Tetapi Ya Allah, seandainya telah engkau takdirkan Dia bukan milikku bawalah dia jauh dari pandanganku. Luputkanlah dia dari ingatanku dan peliharalah aku dari kekecewaan, Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengerti, berikanlah aku kekuatan menolak bayangannya jauh ke dada langit dan hilang bersama senja yang merah agar aku sentiasa tenang walaupun tanpa bersama dengannya. Ya Allah yang tercinta, pasrahkanlah aku dengan takdirmu, sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan adalah yang terbaik buatku. Sesungguhnya engkau mengetahui segala yang terbaik buat hambaMu ini Ya Allah. Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan di akhirat. Dengarkanlah rintihan dari hambaMu yang dhaif ini. Janganlah engkau biarkan diriku bersendirian di dunia dan akhirat, menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman agar aku dan dia sama2 dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang engkau redhoi. Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah. Ya Allah berikanlah kami kebahagiaan di duina dan kebahgiaan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api Neraka. 

Amin Ya Rabbal 'Alamin....


bantulah hambamu ini menyucikan jiwanya agar ia sentiasa tenang menghadapi hari-hari mendatang.

 

Thursday, March 10, 2011

Nasihat Luqman Kepada Anaknya

bersambung....

Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadah dan taat kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.


Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam-tanaman.

 Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam. Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar-benar takut (takwa), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

Ayat Seribu Dinar 


marilah sama2 kita amalkan ayat seribu dinar diatas.

Insya'allah nasihat luqman kepada anaknya akan bersambung lagi.. semoga menjadi iktibar buat kita semua..

Sunday, March 6, 2011

~Persoalan Hidup: Bahagiakah aku?~

Sedikit perkongsian buat kita semua, terutamanya diri sendiri yang sentiasa leka dan alpa. Semoga ia memberi manfaat kepada semua. Dipetik daripada KATA-KATA HIKMAH (Arifin Ilham) dan rujukan Tafsir AlQur'an. 

Hidup yang sebentar cuma ini akan bahagia apabila kita FAHAM:

1. TUJUAN hidup - hanya mencari REDHA ALLAH


"Padahal mereka hanya diperintahkan menyembah ALLAH, dengan ikhlas mentaatinya semata2 kerana agama, dan juga agar melaksanakan solat dan menunaikan zakat dan demikian itulah agama yang lurus (benar)" (QS98:5)


2. PERANAN hidup - sebagai KHALIFAH

"Dan ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat "Aku hendak menjadikan khalifah dibumi," mereka berkata" apakah engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah disana sedangkan kami bertasbih memuji dan menyucikan namamu?" Dia berfirman, "Sungguh aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (QS2:30)


3. TUGAS hidup - MENGABDI kepada ALLAH

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaku." (QS51:56)


4. PEDOMAN hidup - AL-QUR'AN

"Kitab Al-Qur'an ini tidak ada keraguan padanya: petunjuk bagi mereka yang bertakwa" (QS2:2)


5. TELADAN hidup - NABI MUHAMMAD SAW

"Sungguh telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu yaitu orang yang mengharapkan rahmat ALLAH dan kedatangan hari kiamat dan banyak meningati ALLAH" (QS33:21)


6. SAHABAT hidup - ORANG2 BERIMAN

"Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu yang berselisih dan bertakwalah kepada ALLAH agar kamu mendapat rahmat" (QS49:10)


7. ALAT hidup - HARTA, PANGKAT & SEMUA POTENSI 

"Dan carilah pahala negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan ALLAH kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bagianmu didunia dan berbuat baiklah sebagaimana ALLAH telah berbuat baik kepadamu dan janganlah kamu berbuat kerosakan dibumi, sungguh ALLAH tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan" (QS28:77)


8. MUSUH hidup - SYAITAN

"Bukankah aku telah memerintahkan kepadamu wahai anak cucu Adam agar kamu tidak menyembah syaitan? Sungguh syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu" (QS36:60)


Semoga kita semua dapat memahami 8 perkara diatas untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian serta beroleh kebahagiaan.